Tag Archive | "A Story To Share"

Tags:

Wenkt: lawatan ke uzbekistan, part 1


Nama projek: 8D7N Uzbekistan Muslim Tour
Penganjur: Wenkt Voyage
Total guests: 16 pax including me.
Flight details:
02JUN KUL TAS HY0255 1010 1445
07JUN BHK TAS HY1336 1840 1935
08JUN TAS KUL HY0251 2210 0840+1
Rate: RM5400 (dewasa)

Kan wan dah kata, Uzbekistan tu sempadan Kelantan. Bangunan berseramik kat Uzbekistan tu ada kat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu… Bukan ke Kelantan dgn Terengganu bersempadan.. Wan pergi sana je…

kat terengganu pun ada. buat apa bayar mahal2 pergi uzbek.

Ibarat, kat terengganu pun boleh tawaf teko milik ayah pin. tak yah gi jauh2 tempat lain.

ayam dan daging siap tunggu untuk dibakar

Orang sana kuat makan ayam. Kalau boleh, half ayam skali makan. Dan semuanya dipanggil satay. Potongan ayam kerat 12, then disula dengan besi tu, dibakar dan dipanggil satay. Daging pun sama. Yang penting sedap. Yang penting kenyang. Yang penting korang terliur.

Pergi uzbekistan ni, kene beringat dua benda ni. Makan dia sedap (termasuk daun pokok rhu), dan tempat dia panas. Balik2, akan jadi hitam dan besar. Ada aku kisah? Kalau hitam, lepas sental boleh jadi putih. KAlau besar, diet je la. (cakap senang, buatnya tak pernah)

1150 SUM = RM2.72 seliter

Bayangkan kalau kat malaysia, kita isi RM50, dapat 27liter. Then bayangkan kita mengisi minyak sebanyak 27liter kat sana, chargenyer ialah 32000 SUM. Maka bermulalah tugas kita mengira duit SUM sebanyak 32keping 1000SUM.

But yes, RM2.72 seliter adalah lebih mahal berbanding di Malaysia. Lagi mahal dari Jun tahun lepas sebenarnya. Kita hanya RM1.80. Tu pun ramai yang tak bersyukur. Nanti bila minyak naik RM0.20 seliter Ogos nanti, sure ramai yang melenting. Rasanya, kene hantar saper yang tak bersyukur tu, pergi duduk kat Uzbekistan… Sah2 lepas balik malaysia, sanggup terima usul kalau harga minyak dinaikkan.

Ye la, harga rokok naik 10sen pun bising. Padahal 10sen bukan boleh buat apa pun, hidup zaman skrg ni, RM10 pun bukan boleh buat apa pun, bayar tiket wayang pun tak lepas, beli makanan kucing pun tak lepas…. anyway, dalam group 16 orang wan tu, sorang pun tak merokok. Best je… Kalau group lain, sampai je airport (selepas perjalanan 7 jam dalam flight), terus laju je keluar dari imegresen dan kastam, pergi layan asap kat luar airport. Lepas tu kalut kata group hilang tp sorang pun tak reti cakap english.

tempat rehat di uzbekistan

melawat ke bandar2 di uzbekistan, ianya adalah bandar yang besar. tashkent adalah bandar terbesar di Asia Sentral. Samarkand ialah pusat pentadbiran Amir Temur, Bukhara ialah bandar suci Islam. Dalam Islam, tujuh bandar suci ialah Mekah, Madinah, Jurusalem, Baghdad, Damascus, Bukhara dan ____. Dem lupa, saper tau, tolong isikan.

But, semua bandar2 itu macam melawat Kangar je. bandar yang tak rupa bandar. Kangar is not even a pekan, more to kampung kat sarawak kot. Kalau anda betul2 minat sejarah Islam macam wan ni (oh please), maka tempat ni best untuk dilawati. Uzbek best la. I love UZbek. orang dia suka tengok i. Macam i kat pak li je. Hahahha

Pokok di atas, dicat putih di bahagian bawah pokok. Sama je kalau kita melawat negara asia tengah, afrika utara dan eropah timur… Kat Malsyia je takder. Ianya adalah ubat untuk bunuh serangga dalam pokok. Yup, DALAM pokok. Dan pokok dicat 6 bulan skali. So, satu negara, selagi ada pokok cam tu, maka ianya bercat. Dan longkang dalam gambar di atas, ialah canal yang mengalirkan air dari Laut Aral ke seluruh Uzbek, melalui sungai, kemudian ke tali air, kemudian ke canal2 seperti di atas.

cuba teka ini bangunan apa?

Hahaha cam sial je soalan aku. Sah2 la takder boleh jawab. Ianya adalah mausoleum. Nak tau mausoleum, join my next trip to Uzbek. Oh tidak! Biar orang lain jadi tour leader.

Mana ada travel agent kat dunia yang ada tour leader umur 21 tahun macam wan ni? (yup, saya 25, tapi nampak cam 21). Biasanya umur 40 or 50 lebih. Bila masuk ke museum atau tempat yang kene bayar kamera kalau nak amik gambar, tour leader tak perlu bayar. Muhahaha. THen penjaga tu sure tak puas hati bila tour leader muda. takder tokoh ke?

Pernah skali tu, mereka kenekan charge 5000SUM (RM12) untuk amik video guna camcoder. Then Datuk BAzain tak perasan tentang bayaran tu, tetiba yang check tiket tu mintak 5000SUM, then wan pergi cakap: “he is our tour leader”. then penjaga tiket tu blah je. Muhaha.

pondan kat Uzbekistan.

Ya ampun. Kalau ikutkan statistik, pondan di malaysia dan indonesia adalah dalam nisbah 1:50. Maksudnya, 1 pondan bagi setiap 50 lelaki. (aku rasa statistik ni salah, cam lagi ramai pondan dari lelaki je kat Malaysia ni). Kalau di Filipina dan Thailand, ianya adalah 1:35. Tapi di Uzbekistan, jarang sangat jumpa. Kalau jumpa, sure terus dapat kenal. Hanya jauhari mengenal manikam doh. btw, bagi gambar di atas, bukan wan yang jadi jauharinya (i mean, yang kata budak dlm pic tu pondan), tapi sorang dalam group wan ni (ianya bukan tok wan). Betul2, takkan lak tok wan yang jadi jauharinya. Ish. *larik

2 guests of my group. di samarkand. meusoleum Amir Temur. cantik kan hiasan kat luar

hiasan emas di dalamnya. ukiran yang sangat teliti.

ukiran bumbung dome dari dalam. penuh dgn ayat al quran.

dan di dalamnya ialah kubur semata2. ada 4 makam. AMir Temur, his master, his grandchild and 1 unknown

PAda awal June 1941, sekumpulan penyiasat dari Jepun mengkaji sejarah Amir Temur dan mereka mengali dan membuka keranda AMir Temur ini. Amir TEmur lahir pada 1336 dan meninggal pada 1405. Mereka mengali pada 21 Jun 1941, tapi pada 22 Jun 1941, mereka berhenti. Kenapa? Cuba teka, dalam next entry wan citer.

time to sleep. cuba teka teori di sebalik gambar ini. Hahahah

Popularity: 11% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Wenkt: uzbekistan muslim tour, part 0


bir, ikki, uch. in french, bermaksud un, deux, trois.

Ringkasan

Nama projek: 8D7N Uzbekistan Muslim Tour
Penganjur: Wenkt Voyage
My special guests: Abg Shah, Tok Wan, Datuk Bazain (Complaints Bureau Chairman – nk complaint, sila cari dia), Cik Niran (Penasihat Undang – Undang, MOA… abihlah AP Kambing wan mintak lepas ni), dan 11 yang lain.
Flight details:
02JUN KUL TAS HY0255 1010 1445
07JUN BHK TAS HY1336 1840 1935
08JUN TAS KUL HY0251 2210 0840+1

Rate: RM5400 (dewasa)

Jadual lawatan:
02.06.09 Tashkent
03.06.09 Tashkent – Samarkand
04.06.09 Samarkand
05.06.09 Samarkand – Bukhara
06.06.09 Bukhara
07.06.09 Bukhara – Tashkent
08.06.09 Tashkent

OMG. Tidak pernah terfikir nak pergi ke Uzbekistan. Wan prefer nak pergi ke Taj Mahal untuk cukupkan koleksi benda ajaib sebab dah pergi tgk Menara Condong Pisa, Rumah Api Alexandria, Piramid Kaherah dan Tembok Besar China.

Alhamdulillah, jemputan Abg Shah, wan pergi juga ke Uzbekistan. Memula dah ada 14 nama, kemudian airlines kata kalau 15 orang boleh buat harga group dan PERCUMA seorang tiket flight. Maka wan pun pergi sama, dan perlu seorang lagi pergi. Wan pun offer kat kawan2 wan… travel for free… I prefer cari yang dah ada passport sebab senang nak buat visa semua (dan yg ada blog sebab akan promote wan).. Offer kat abg Adie (alasan: dia takut ada kerja awal Jun), offer kat Pyan (alasan: takut H1N1) dan Isham as bday present. Semua pakat tak nak, pelik doe. I tak nk pegi sorang dengan semua 14 warga emas (half dah retired tapi duit banyak k). Then offer kat Tok Wan. Kami buat deal, tukar dgn hantaran meminang belanja makan sepanjang kat Uzbekistan. Nasib baik dia setuju (oh man, dia warga emas as well)

Kami berlepas bersama group POTO. Juga kembali bersama group POTO. Tapi jadual perjalanan kami adalah bertentangan. Kami buat Taskent – Samarkand – Bukhara – Tashkent dan POTO buat Tashkent – Bukhara – Samarkand – Tashkent. Maksudnya, sampai je kat Uzbek, mereka amik connection flight ke Bukhara. Kami pula, pusing dulu semua tempat, baru amik flight balik ke Tashkent dari Bukhara. Apa yang penting, rate wan rendah RM500 dari mereka.

ini ialah flight yang kami naik.

Uzbekistan Airways. Singkatan: Uzair. Best k naik Uzair.  7 jam atas Uzair masa pergi. Dia mendarat laju giler. Berdebar giler masa dia mendarat. Goncangan dia best.

malaysia guna Yellow Pages, mereka guna Golden Pages.

Matawang Uzbekistan ialah SUM or SOM. Singkatan dia ialah UZS. Kadar tukaran ialah 1USD = 1500UZS = RM3.50

Dan mengejutkan, mereka hanya ada not 100SUM (RM0.25), 200SUM (50sen), 500SUM (RM1.25) dan 1000SUM (RM2.50). Tidak ada 10 ribu SUM, 50 ribu SUM dan lain – lain.

Bayangkan, bila beli barang bernilai RM50, maka mereka perlu bayar dengan 20keping 1000SUM. Bayangkan bila kita tukar 1500USD seperti dalam gambar di atas?

ini hasil bila tukar 100 USD kepada SUM. Dapat 150 000 SUM bersamaan dengan 300 keping duit 500SUM.

ini ialah bila kena bayar makan tengah hari untuk 16 orang. Mengira duit ini lebih annoying dari Tania & Ida Nerina kira buah berangan kat Muscat, Oman dalam Amazing Race. (wan memang benci pegang duit kertas lama, sebab imagine orang lain, ntah saper2 yang pegang before kita… eiiiiiiiiiiiiiiii)

Salah satu tugas TOUR LEADER sepertiku ialah mengumpul duit bila kene bayar sesuatu. Maka, tugasku untuk memastikan duit itu cukup. Akhirnya, saya dah pandai mengira duit laju2… Kalau kat Malaysia, kita kene ada at least 100 keping duit RM50 untuk belatih mengira duit cara laju.

Pegang duit dengan tangan kiri, lipat separuh (tebal2 tu) ke belakang, tolak satu2 (secara laju2) dengan ibu jari kiri dan kira cepat2 dengan ibu jari dan jari telunjuk kanan. Wah… seminggu berlatih guna duit SUM sebanyak 100 keping (padahal total up baru RM40), maka wan dah terror skill kira duit laju2…

Kat Malaysia, kita ada mesin kira duit.. Wan biasa sumbat je dalam Cash Deposit tu, cukup 99 keping (RM4950), maka kita amik baki dan ulang balik masukkan duit. Kalau kat kaunter, just kasi semua dan biar mereka kira dan isi dalam borang biru – kuning tu. Tapi kalau di Uzbekistan, kita kene kira sendiri. DAh la mereka tak guna credit card. Fuh.

Makanan ruji mereka ialah ayam, daging, sayur – sayur dan buah – buah. Ikan sangat jarang sebab takder laut. Anak ikan je senang dapat. Senang giler lah. Kat Uzbekistan, jarang pelancong sampai ke tempat mereka (kecuali kami yang dah melancong ke tempat lain), mereka kagum dengan kita. Kamera digital pun mereka baru kenal, bila tgk iPhone wan, semua kagum. Lagi best, bila ajak bergambar, cepat je mereka datang, siap peluk bahu kita lagi.

Budak2 remaja sana, kagum dengan rambut wan. Pacak2 kot.. Rambut mereka pendek je, melekat je semua…. Bila tgk wan, sah2 pandang rambut… Wan pandang gak mereka, tapi pandang benda lain. (seluar mereka i mean, lawa2..)

buah, cheese, sosej kambing.

my breakfast. Daun kanan dikenali dgn daun pokok rhu.

Cuba teka, berapa banyak duit wan habiskan untuk beli souvenir dan makan di Uzbekistan sepanjang 7 hari kat sana?

(bersambung, nk layan anak ikan malaysia lak, dah seminggu cuti ni)

Popularity: 11% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Wenkt: selamat pulang ke tanah air.


Lui: Bon retour en Malaisie! Repose-toi bien.
Moi: Merci. Ca fait chaud en Malaisie. Hahaha
Lui: Hehe, je dirais la meme chose a chaque fois quand je retourne de l’etranger

Haha, apres 5 jours a Peking (Beijing), Chine, je suis enfin retourner en Malaisie. Ca fait tres tres tres chaud en Malaisie.

Imaginer, la temperature a Peking est entre moins huit et moins dix et en Malaisie, elle est entre 34 et 38! Ca fait un ecart de 48 degree!!

OK. Suhu kat Beijing ialah antara negetif lapan hingga negetif sepuluh darjah selsius, dan suhu kat Malaysia ialah antara 34 dan 38. Beza 48 darjah.

Kepada warganegara Malaysia, Selamat Pulang ke Tanah Air.

Penerbangan semalam macam biasa. Flight jam 8.55 pagi, maka check in kul 7 pagi. Sampai airport jam 6.30pagi. Bangun kul 6 pagi. Wake up call jam 4.30 pagi. Bagus!

Settlekan check-in 24pax dalam group wan, kemudian terus masuk ke Departure Hall. KAstam dan Imegresen takder masalah langsung. Bila masuk pesawat, atur balik kedudukan. Mula2 semua duduk dulu, then atur tukar tempat. Terutama keluarga, kemudian couple… Anak anak kene sebelah ayah mak. Bini sebelah suami, gf sebelah bf, bf sebelah bf dan gf sebelah gf (jika ada). Basically, bila abih aturkan tempat duduk, maka abihlah tugas tour leader.

Sebab, bila pesawat berlepas, stewards akan amik alih tugas, sah2 la boleh cakap Melayu sbb naik MAS. Then bila sampai KLIA, smeua dah boleh cakap MElayu, papan tunjuk arah pun dalam BM kan…

Maka, tanggungjawab dan tugas sebagai Tour Leader akan tamat bila pesawat hendak berlepas.

mengatur 24 orang, dengan 5 families dan 3 couple berbeza bukanlah kerja senang. Tapi ianya ibarat bermain jigsaw puzzle.

Release tension! Order semua beverages… juga sediakan Air Sickness Bag. Hahaha dari kiri: air jambu batu, jus oren, white wine, red wine dan Carlsberg Shah Alam.

Ianya dihidangkan oleh Peramugari Melayu.

tambah satu tin Tiger. HArganya RM7 di 7E dan RM15 di club and RM0 dlm MAS.

Sebelum ramai lagi mengucap panjang, wan sebenarnya duduk di sebelah seorang kawan Siam. DIa orang Thailand tapi dah lama di Malaysia, pandai cakap Melayu. DIa tegur dan duduk sebelah wan. Dia yang order semua alcoholic beverages ni. Hehehe.

perjalanan still jauh.

Sampai di KLIA, hantar group wan ke BAS mereka, kemudian Abg Am dan Abg Wadi amik wan kat Arrival Hall, pintu 4.

Thanks!

Wenkt. Still Jet Lag.

Popularity: 9% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Wenkt: ai d’beijing part 2


Bila wan tulis entry Ai D’Beijing Part 1 pada 11 Dec 2008, ramai tertanya mengenai Part 2. OK. Hari ni wan update Ai D’Beijing Part 2, pada 24 Januari 2009. Ai D’Beijing part 3 akan menyusul pada cuti sekolah 14Mac nanti – My next departure! RM2750 per pax, boleh book sekarang.

Happy Chinese New Year

CNY kat Beijing best giler. Kalau selama ni kita tengok bunga api yang besar besar tu dari jauh je, ni dia pasang bunga api depan mata kita. Besar giler. Depan mata je kita bakar dia.

Bunga api sebesar tempayan, untuk 5 minit. Dijual pada harga 260yuan = RM150. Ada 10 kaler, sebijik macam yang Malaysia pasang untuk New YEar tu. Yang kembang besar tu.

Bunga api yang berterusan meletup tu, dijual pada harga 25yuan = RM15 untuk 10 meter. Bakar, then 2 minit baru abih. BEst giler babi.

Yang penting, Beijing menjadi macam medan perang. Bising giler babi. MEletup giler. Best giler babi. Hahahha. Byk lak babi terkeluar…

peninggalan semalam

yang merah2 tu ialah kertas yang membalut bunga api

byk kotak bunga api… semuanya dah meletup.

Yang lain – lain macam biasa je. Tak der yang menarik. Takder anak ikan yang meletup. opss.

takder dah pic macam di sini

Akhir sekali, selamat bermain ski.

panda di Beijing!

Salam Sayang,
Syazwan Zanini

Beijing.

Popularity: 9% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Wenkt: ai d’beijing part 1


Beijing Day 1 (10 Dec 2008)

Sekali lagi, Wan ditugaskan untuk membawa satu group seramai 29 orang ke Beijing. Beijing sangat best, kerana barangan di Beijing lebih murah berbanding di Malaysia, lagipun wan membawa hati yang lara akibat UiTM cuti (tarak ada kawan di Shah Alam). Agak bosan sebenarnya kembali ke tempat sama, tapi demi sesuap nasi, ku gagahi jua. Sudah nasib badan, kalau tak Beijing, sure kene bawak group ke Europe.

Ermm, lupakan luahan hati itu, yang penting, ku ingin kongsikan pengalamanku di Beijing ya. Kali ini, durasinya ialah 5 hari 4 malam termasuk 1 malam di ski resort, termasuk 1 hari ski. Kepingin ku bermain ski, tapi enggak mau main, bikin sejuk badan aja.

Guidenya di Beijing orang Indonesia, bisa cakap Melayu pelat Indonesia. Pak supirnya orang tempatan, orang China. Ngak bisa bicara bahasa Melayu, tapi bisa bikin bahasa isyarat, ibarat ayam serama bicara sama itik serati gitu.

Bertolak dari Shah Alam jam 9.30malam. Setengah jam lepas tu dah sampai di KLIA. Flight jam 12.30 tengah malam, pada 10 Disember. Aturkan check-in untuk satu group, kemudian pergi tukar duit kat Bureau de Change.

Photobucket
sampai di KLIA, isi beg dalam troli. :)

Dalam flight, tak makan sangat. Plan asal nak tidur je, sebab bertolak pukul 12.30 tengah malam dan sampai jam 6.30 pagi, ianya sangat menarik untuk tidur. Tapi tak mengantuk. Request movie on-demand, pilih citer I’m not SIngle. Sajer je layan citer Melayu, tapi lepas abih tu, bukan setakat nak baling portable monitor tu, rasa macam nak terjun dari pesawat skali! Memang la masa tu tak buat apa2, tapi wan rasa better duduk termenung sambil buat yoga daripada layan citer I’m Not Single tu. (teringat Ello layan citer Selamat Pagi Cinta kat Midvalley hari dia ilang phone dulu). Semuanya hampeh, setaraf filem keluaran pengarah Penang yang tidak boleh ditegur itu (ala, yg buat filem Otai tu). AFter that layan Malays Hit, kluar lak lagu Hello oleh Farah Asyikin tu. Hahaha, wan suka part dia sebut hello hello hello tu je, lirik dia wan tak suka langsung. Cam lirik orang putus cinta je..

Hampeh. Rela terjun kat Vietnam. Hahahha

Selain Haagen Dazs, snack on request pun dah berubah -> semakin kecik. Ni Idris Jalal punya langkah penjimatan la ni. Muhahaha. Tapi bekas di tetap lawa. Then untuk supper, merasalah makan sandwich salmon yang kering tapi dalam bekas yang lawa.


Bekas lawa, sandwich kering. Makan je la, saper suruh request. Hehehe.

Sampai di Beijing, kemudian jumpa guide. Nama dia Ah Hua (bapak Indon, mak Chinese). Salju turun dengan lebatnya hari ini. Ramai yang gembira bermain salju. Wan dah biasa dengan salju, terus naik ke bas. Hehe

Destinasi pertama ialah Lunch. Heheh. Then ke Summer Palace. Tapi pada waktu winter sebegini, ialah lebih kepada Winter Palace. Beku!

Summer Palace ialah imperial garden terbesar di China. Dibina oleh emperor Qing pada tahun 1751, dan ditawan oleh tentera Perancis dan British pada tahun 1860 (jahat kan tentera British).


Summer Palace yang membeku. Salju turun masa kami berjalan. Sejuk dan berangin. Perghh kalau la ada orang yang boleh dipeluk…

Actually, pada zaman dahulu, bila musim panas, maharaja akan berpindah ke Summer Palace. Dan tasik ini adalah tasik buatan, dan bukit itupun ialah bukit buatan. Tapi since 1751, tak dengar pulak ada landslide kat sini.

(Al-fatihah kepada mangsa landslide di Bukit Antarabangsa. APapun, bersyukur ianya terjadi pada musim cuti sekolah, di mana kebanyakkan keluarga sedang bercuti di luar negara. Bayangkan kalau ianya terjadi bukan di musim cuti sekolah, pada jam 4 pagi).


Don’t step on the ice. Itu ialah papan tanda amaran yang sedang dipasang.

Selepas SUmmer Palace, ialah lawatan ke Fresh Water Pearl Center. Di dalam tasik di Summer Palace tu, mereka pelihara tiram (osyter), dan dalam satu Osyter tu, ada lebih dari 20 mutiara. Dalam masa 4 tahun, tiram air tawar ini akan matang dan boleh amik untuk kosmetik dan juga perhiasan. (teringat novel The Pearl masa matrikulasi dulu, skrg novel sama ataupun dah ubah erk?).


ini ialah tiram air tawar


ini ialah pembuka tiram

Lepas tu, kami dinner di restoran, seterusnya ke hotel. LUnch dan dinner di Beijing adalah di restoran yang halal, dan lauk dihidangkan satu persatu. Puratanya terdapat 8 lauk yang akan dihidangkan. Dan ianya amat menyelerakan.


bilikku.

Double room for single use. Biasa la untuk tour leader. Memang akan diberi bilik macam ni. Senang nak guling – guling, tapi berseorangan la. Hehe

*************************************************

Beijing Day 2 (11 Dec 2008)

Beijing hari kedua

Bermula dengan lawatan ke Jade center. Untuk lawatan ke Beijing, terdapat tujuh tempat membeli belah yang wajib dilawati (7 compulsary shopping stop). Ianya adalah:
1/ Fresh Water Pearl Center
2/ Jade shop
3/ Crystal shop
4/ Burning cream center
5/ Chinese Traditional Medicine Center (Foot massage)
6/ Silk Store
7/ Tea House

Di setiap tempat sebegini, tetamu akan diberi taklimat ringkas oleh pekerja di sini (ramai yang boleh berbahasa Melayu). Contohnya, sejarah jade, bagaimana jade ditemui, diproses dan dikategorikan. Juga bagaimana menentukan jade asli dan tidak asli. Kalau di silk store, kita diterangkan bagaimana terhasilnya sutera, dari ulat sutera yang kecil, berada dalam kepompong selama 5 minggu, kerja hari – hari hanya makan dan tidur (best giler kan jadi ulat sutera ini), seterusnya mengeluarkan sutera. Juga sutera asli, bila dibakar, berbau seperti bau rambut kita bila dibakar, dan sutera perlu dicuci dengan air sejuk dan shampoo rambut.

Untuk tour leader, akan dapat komisyen di setiap tempat ini, bila ahli dalam group membeli belah. Sebab itu pakej yang wan jual, pakej untuk orang Melayu jauh lebih murah berbanding pakej untuk orang Cina, sebab buying power orang Melayu lebih tinggi.

BAngun pagi, breakfast di lantai kedua, kemudian jalan2 di pasar pagi. Susah untuk komunikasi, hanya tunjuk kalkulator sahaja untuk komunikasi. Hehe.


kacang pecan. Di China, timbangan ialah setengah kilo. BUkan sekilo, kacang pecan ni harganya 35RMB setengah kilo


cendawan. Malaysian suka cendawan cam ni, yang kering, beli borong.


Kuaci, kacang dan biji labu putih. 5.50RMB utk 500gram.


Kakak ni still berniaga di sini! Haha. Dulu masa datang Jun lepas, kakak ni pun ada gak kat depan hotel kami. hahaha

OK. Kembali kepada lawatan. Lawatan pagi hari kedua dimulakan dengan lawatan ke jade center. Mengikut feng shui, kuda melambangkan kekuatan, bunga kubis melambangkan lingkaran wang, kucing melambai bermaksud memanggil wang dan sebagainya. Jadi, membeli jade mengikut tema adalah satu teori yang menarik.

Oh ya, masa kat Jade center ni, wan ala-ala nampak seseorang yang ‘macam-pernah-tengok’ dari group travel agent lain. Selamba pergi tegur, orang Batu Pahat. Rupanya student UiTM Shah Alam, amik law, part 2 nak masuk part 3. Patut la macam pernah nampak, bila tunjuk pic Ello, dia kenal Ello (ello pre-law UiTM, btw, after pre-law, wan maybe suruh Ello tukar course lain). For sure pernah nampak kat Pak Li Kopitiam kan. Nanti abih cuti UiTM nanti, kitaorang jumpa kat Pak Li Kopitiam lah. Haha


Izat dan wan. dalam Jade center. depan kami itu ialah Jade sayur kubis. 4800RMB. Kira – kira RM2600 (harga untuk pelancong ya, kalau wan beli atas nama tour leader, harganya lagi murah)

Izat. Berkenalan di Beijing katanya. Cool kan. (padahal banyak je orang yg aku tegur kt beijing, tapi mention dia je. hahahha)

Lepas Jade center, kami ke Crystal center lak. Crystal pun banyak jenis gak. Pink atau purple untuk percintaan, putih untuk kesucian dan kuning untuk wealth dan duit. Whatever lah, wan biarkan mereka shopping dan tunggu duit komisyen je. Muahhaha.

Skali lagi jumpa Izat dan family dia kat sini. Wan tolong bargain cincin yang mak Izat pilih. Merasalah harga tour leader yang orang lain tak dapat. Terus rapat dengan mak Izat (suka buat speku kan).


Crystal. Teringin nak beli crystal tikus ni (sempena tahun kelahiran) tapi tak beli gak. Hehe

Lepas crystal shop, ialah masa untuk Lunch. Di restoran ini, terdapat tempat untuk solat. Senang untuk group muslim kan. Di sini, restoran terletak di tingkat 3, dan di tingkat 1 ialah puluhan kedai – kedai.


our lunch. 9 lauk. Erk 6 sayur. Hahahah


tempayan yang dijual di tingkat 1


price tag. Hehe. RM54 = 100RMB. Lebih kurang RM1.27juta. Plan asal nak beli, tapi tak tau nak bawak balik macam mana.

Lawatan seterusnya ialah tempat paling pelik di China. Kalau di Paris, pelancong suka melawat besi buruk yang menjadi objek paling banyak diambil gambar di dunia, dan ke Beijing, pelancong suka melawat tembok batu buruk ni.

Ihiks. Tembok Besar China ialah sepanjang 6000km. Bayangkan: penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing ialah 6jam dengan kelajuan 1000km/j, maka itulah jarak tembok Besar China. Jauh kot.


Aizat, Wan dan Izat. Jumpa lagi di Tembok China. Ihiks.

Lepas tembok Besar China, kami ke Chinese Traditional Medicine Center. Buat Foot Massage. Masa tu mereka akan iklan produk mereka. Bile dia test tangan wan, dia cakap “makan tak teratur, tidur tak teratur, lepas ni kurangkan pergi Pak Li Kopitiam jam 2 pagi sambil makan Lemon Chicken Rice”. Rupanya dia pembaca blog ni gak. Haha, takder la, pandai pandai je tambah cerita, tapi yang makan tak teratur dan tidur tak teratur tu, wan tak leh nafikan lah. Hahahah


baca la sendiri. Hehe


Pakcik ni berasal dari Kelantan. Umur 77 tahun tapi masih gagah.

Then lawatan ke Silk Center. Pernah pergi dulu, sekadar tengok je la. Hehehe.


Diberi peluang untuk menarik sutera sendiri. Dan akan koyak as usual.

Seterusnya, bertolak ke Ski resort dan check in di Days Inn Rose Valley resort. Masuk je kat bilik, dapat bilik twin for single use. Waaa, nak double bed, tak nak twin bed. Kalau stay lama, wan akan rapatkan, tapi sebab 1 malam je, guna satu katil sudah lah. eheh

Popularity: 10% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Wenkt: Medan, Indonesia


bistik babi or babi kecap. mana lagi sedap erk?

Tarikh: 1150pagi pada 25feb2009 hingga 0940pagi 28feb2009
Tempat tinggal: Novotel Soechi International Hotel (4*. OMG i want 5*)
Peneman: … *as usual am alone*… mana la ada orang nak teman wan travel. semua busy :(

Reaksi bila sampai Medan: Biasa je Medan ni, macam kat Malaysia je.. Penuh dengan Indonesians…

Lawatan ke Medan boleh dikatakan lawatan mengejut. Beberapa hari sebelum bertolak baru beli tiket. Beberapa jam nak bertolak baru confirm dengan hotel. Soechi Novotel amalkan konsep ROH – Run of House, too bad la, harap2 dapat bilik deluxe tapi dalam superior je. Better than standard room lah, tapi.. nk deluxe gk!

banner dari UNISEL, Malaysia

banner dari USU, Indonesia

Eksplorasi Budaya Myred’s Unisel ini adalah program Unisel ke Medan. They all seramai 32 orang, berada di sana dari 21 Feb hingga 01 Mac. Wan pergi untuk 4D3N je: 25-28Feb. Wan tak boleh pegi lama2, sure rindu kat kawan2.. Rindu kat Pak Li Kopitiam… malam pertama pun aku dah ajak budak2 UNISEL lepak kat Bintang Sidewalk, Barra, Pak Li…. Well, UNISEL terletak di Seksyen 7 Shah Alam, semua tau Pak Li kot..

Menariknya, sejak pindah ke SHah Alam September lepas, wan dah luaskan sayap ke UiTM Shah Alam, kemudian MSU Seksyen 13, kemudian UNISEL. Wah! Naik saham. Hahaha… TAk lama lagi Taylor’s Subang lak..

Day1: Arrival at Bandara Polonia. Hotel transfer. Check-in. Transfer to Lembaga Kesenian, USU. Majlis simbolik Penyerahan Pelajar UNISEL kepada REktor USU atau wakilnya oleh Rektor UNISEL.
Day2: LAwatan ke Danau Toba, Pulau Simosir, Pulau Tomok, Berastagi, Air Terjun Sipiso Piso….
Day3: Aktiviti bebas
Day4: Airport transfer, flight at 0940.

Thanks god, jumpa gak mereka. Suprise! Hahaha. Sorang pun tak sangka wan datang melawat mereka. I mean, selepas bagi sponsor kat mereka, then wan melawat mereka. Gituh! Aku dah buat Medan macam Penang je…. Tetiba boleh wujud aku kat sana kan? Hahaha. Memang la dekat, 45min je by flight, tapi kene rentas Selat Melaka lah!

bryan. multi-talented guy.

Bryan ni mmg super duper multi talented. Memula dia menyanyi. Kemudian dia main gitar. Kemudian dia main Seruling, kemudian main piano. Request je lagu apa, terus dia main. Ungu ke, MAtta ke, Sheila on 7 ke, PeterPan ke semua dia tau. Wan request lagu “kau begitu sempurna, di mata…”.. Lagu yang mengigatkan wan kat Is. hahah*larekk* Tau tau la, student Lembaga Kesenian. Fakulti paling bising kat USU katanya. I request juga lagu Mungkin Nanti, mengigatkan aku kepada seseorang yang berada di negara ex-USSR.. Sajer je kan? Tu je kot lagu Indonesians yang ada memory dalam hidup wan…

Untuk lawatan ke Danau Toba, pihak USU dah sediakan bas untuk 40pax. Asalnya untuk 32 dari Unisel dan 8 orang dari USU. Kiranya 8 orang akan jadi guide lah. Dan ianya tak termasuk wan. I mean, wan datang nak buat suprise, last2 mereka dah penuhkan bas tanpa nama wan. OMFG. I datang ke Medan untuk pergi ke Danau Toba free… i mean, i dah sponsor beribu2 kat diorang (berpuluh2 juta kalau kira dalam rupiah), i boleh pergi free la kan?

Tapi dah penuh. Ikutkan hati, rasa nak amik teksi ke Bandara Polonia dan terbang terus balik ke Malaysia. Takder point kalau ke Medan kalau tidak ke Danau Toba kan? Merajuk la konon.

Surprisingly, Bryan cakap dia boleh tarik diri supaya wan pergi. OMG OMG OMG. Serba salah giler. I nak pergi dengan dia. I nak dia berada di sisi i sepanjang masa. Thanks bryan. Oh ya, dia akan datang ke Malaysia pada April nanti, maka secara open dan hati terbuka, wan offer rumah wan untuk dia tumpang berteduh, wan offer katil wan untuk dia tumpang tidur, dan wan offer tangan comforter wan untuk dia berselimut. Aisyeh mesti yang Seksyen 13 tu marah bila baca ni. Jangan risau, nanti wan tayang dia kat Pak Li, sure Kaka makan hati. Hehe

bandar Medan ialah ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya

Upacara tradisi perarakan pengantin dari rumah ke gereja.

Mereka bertolak jam 6 pagi dari USU. Maka, sia sia je bayar hotel untuk malam pertama. Sebab wan tidur kat rumah tamu USU. Takut tak terbangun pagi, ataupun takder teksi nak ke USU, ataupun teksi super duper mahal.

Danau Toba. Tasik letusan gunung berapi terbesar di dunia.

menaiki bot ke Pulau Samosir.

Pulau Samosir terletak di tengah – tengah tasik Danau Toba. Keluasan tasik ini ialah 100km darab 30km. Untuk sampai ke Danau TOba, ianya mengambil masa 5 jam dari Medan.

yang baju oren kotak2 tu nama dia Jun. Peneman i selepas ketiadaan Bryan.. actually bahasa Indonesian dia senang nak faham compare kawan2 dia, senang la nak rapat kan…

batak!

Kaum utama di Danau Toba ialah kaum Batak. Medan ialah tempat paling ‘keras’ di Indonesia. Ibarat Gua Musang di Kelantan (misalnya). dan orang Batak ialah antara yang paling ditakuti. Dikatakan mereka suka memukau orang.

rumah tradisional.

Pakcik di atas ni bertanya kepada kami: Kalau nak suruh mereka buat persembahan, kene bayar 60.000Rp. Lebih kurang RM20. On sajor.. RM20 sajor.. Tapi yang bestnya, kesemua pelajar USU join mereka buat persembahan dan tak tau la kami bayar 60.000Rp tu ke tidak.. Sebab, cam kami je yang buat persembahan. LAst2 semua join! Hahaha well, macam korang buat lawatan ke Kelantan, dan yang join ialah student Kelantan, then persembahan lak Dikir Barat: sah sah la semua boleh berdikir.

Aku boleh berdikir. Tak cayha? Hahaha

umah2 Batak…. DIkenali sebagai rumah bolon .. Pintu dia cam tingkap rumah kayu,nak masuk mmg kene menunduk

eki!

Eki ialah kawan kepada kawan wan. Actually, sebab dia gak la wan terus ajukan proposal mereka mintak sponsor. Hahaha. Dulu macam buat dunno je proposal tu, bile perasan ada nama dia, terus la push2 sbb nama kawan kan. Whatever lah kan.. Best join mereka bercuti..

Si Gale Gale.

Alkisah pada jaman dahulu kala, ada seorang Raja yang sayang banged sama anaknya. Nah, entah karena suatu sebab, anaknya tersebut meninggal dunia. Sang Raja yang sedih karena kepergian anaknya tersebut membuatkan patung yang serupa dengan patung anaknya. Namun, namanya juga patung, nggak bergerak donk…? Jadi Sang raja memutuskan untuk memanggil Roh anaknya untuk masuk ke dalam Patung tersebut agar Patung tersebut bisa bergerak-gerak. Cerita inilah yang menjadi Dasar Atraksi Patung Sigale Gale di Tomok, Samosir.

Lepas menari, mereka kluarkan duit untuk cucuk kat jari Sigale gale ni.. macam kita selitkan duit kat underwear penari striptease je laa.. Dari dekat, Patung Sigale gale yang berada tepat di depan 4 buah rumah bolon tersebut memang sudah berkurang sentuhan magisnya. Sentuhan modernitas sudah banyak merambah wajahnya. tersebutlah panel dan mekanis yang membuat boneka tersebut bergerak. di kanan kiri rumah terdapat ornamen ornamen yang membuat tradisionalnya Samosir menjadi hilang yakni pakaian yang dijemur, sepatu, bahkan ada mobil angkot! Yah, memang masyarakat Samosir tidak dapat sekedar hidup dari sejarah saja. Hidup harus terus berlanjut guna meneruskan nama keluarga.

cicak dan 4 tetek.

Lepas abih melawat pulau, kembali ke tanah besar dan shopping skit2… Singgah makan dan solat.

buah2 kat Danau TOba. kanan je. kiri itu ntah.. tetiba wujud dlm gambar..

masakan minang. 17.000Rp = RM5.47 termasuk Teh Manis Dingin itu.

jalan raya di Medan. Hon 24jam sehari. Berbunyi tiap saat!

lobby hotel.

Hotel wan memang 4 bintang. Tapi service dia murah nak mampus. Menu massages dgn spa memang la murah. Maybe lagi murah kalau spa kat luar. Or heret orang luar untuk massage.. tapi still, ianya murah.

Dinner All You Can Eat with Wok Life Cooking hanya 59.800Rp nett per pax. I mean, RM19.26 untuk BUFFET dinner kat hotel cam ni…

Kashani!

Kashani ialah kawan masa sekolah rendah dan menengah rendah. LAst skali kami jumpa ialah pada 1999. Kemudian dia sambung belajar ke Dunedin, NZ seterusnya ke Medan, Indonesia. OMFG. Wan tak tau pun dia study kat Medan, masa sampai baru diberitahu bahawa KETUA PELAJAR MALAYSIA DI MEDAN bernama Kashani.

Kashani? Ring a bell doe.. Hahaha.. Kawan sendiri… Nama dia unik kot. My parents sure ingat dia… Hahah.. Dia ajak ke rumah dia, tidur kat rumah dia je.. Tapi too bad laa.. Next time wan datang lagi lor!! Seriously, mmg wan datang last minute, kalau dah plan awal2, sure wan amik hotel, tapi check-out before check-in tapi tetap mintak resit untuk 3 malam. Hahahah

Dia tinggal bertiga di rumah sewa dia. Kos sewa RM1000 je setahun. Then siap ada maid yang bayar RM20 sebulan je untuk kemas rumah… I dont mind utk basuh pinggan, jemur baju, kemas katil sebab boleh buat sendiri (kalau ello baca, mesti dia bantah ayat ni), tapi i really jealous bila dia kata maid dia GOSOKKAN BAJU gak….

Susah nak cari dia ni.. Semua orang kenal dia, tapi takder no phone dia.. WTF?? Ibarat kita kenal Pak Lah tapi takder no phone Pak Lah!! Buat malu je jadi orang Malaysia!!! Terpaksa SMS kawan sebaya kat Malaysia (sebaya doe, kami sama muda, c’est vrai non?).. nasib baik dia jumpa alamat email kashani dan email kat dia. Then kashani SMS i. Hahaha.

Yang best, kami MEREMPIT. naik motor dia, tanpa pakai topi keledar. Memandu macam orang Medan memandu. Hahahah…. student medic kat Medan bebas giler doe… Siap pergi memancing, ajak jamming, ajak karaoke.. jhahaha

siput2 medan. sedap.. hahha

Abihkan duit malam last dgn 4 orang kawan Indonesian.. Mereka ajak makan siput. Sedap tu sedap. Uniks doe.. Ada siput babi tapi kecil2, masa cucuk lidi untuk keluarkan isi dari cengkerang, still ada lagi LENDIR tu.. rasa tawar2 pahit cam rasa… u know la rasa apa.. hahahah

SIput bulu2, kerang bulu, unik je la…. telan je la.. Halal …. kot

dah nak baliik!

airport Polonia. cam airport LCCT je. konsep gedung.

Perjalanan balik memakan masa 45min. TAk sempat nak masuk toilet untuk main2 dgn cologne, dah bunyi annoucement: “Cabin Crew, please be seated for landing”… Well, kalau setakat annoucement: “kita akan mendarat sebentar lagi, sila kembali ke tempat duduk anda, pasangkan tali pinggang keselamatan anda, tegakkan tempat duduk anda, pastikan meja di hadapan anda berada di kedudukan asal dan buka penutup tingkap”, wan buat dunno jerr…

Kalau dah “please be seated for landing”, itu memang nak landing. Hahaha

Dah la. Bosan update. Kepada yang memaksa wan update blog, sorry lambat update.. Sebab still jet lag lorr. Tengah nak biasakan balik masa ni.. lalalala

Reaksi bila balik ke Malaysia: Apsal rasa Malaysia macam kat Medan gak? (Sebab Malaysia still penuh dgn Indonesians)

Popularity: 12% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Ayu Part 7: Acheh Day 3 – last..


dok ke hulu ke hilir, sedar tak sedar we all dah 2nd last day dah.. esoknya dah nak balik.. sedih pulak rasa…

yelah, komuniti kat sini is Melayu-Acheh..frankly speaking rasa macam g Kelantan jer.. jadi, rasa sangat at home.

agenda 2nd last day ni, 1st half day jer kami keluar berjalan2 beli souvenir. so we went to Pasar Acheh. Pasar Acheh ni, lebih kurang sama sengan Pasar Baru kat Bandung tu hah.. if tak penah g Bandung.. lebih kurang sama dengan Tanah Abang dekat Jakarta, if Jakarta pun x leh nak bayang.. jawabnya… sama mcm Pasar Payang kat Terengganu.. kalau tak leh bayang jugak, sila ke Terengganu yer, kengkawan… ahhahahaa…

cuma, harga sini tak semurah Bandung & Jakarta la… and barang2 pun tak banyak beza. most of us end up shopping in their souvenir shop jer.. sebab souvenir shop dia barulah ada seni Acheh, gitu.

bila dah dekat nak masuk waktu, kami pun gerak le ke destinasi yang memang kami dah aim untuk berjemaah zohor disini, which is Masjid Baitur Rahman.

0014

Masjid Baitur Rahman yang boleh kata kat tengah2 kota ni pun terselamat dari tsunami. menurut yang ada di tempat kejadian masa tu, start dari pagar masjid tu, ombak tsunami tu seakan2 melangkah kawasan masjid & masjid ni sekali.

even ada satu kedai tu, dia ala share la dengan masjid ni kan, dia pun terselamat…dia lah yang bercerita… meremang wei masa dengar cerita ni…SUBHANALLAH!!!

0026

sepanjang kat Acheh tak la jumpa lagi apa2 sign yang menarik perhatian ayu tau.. kena lah pulak kat Masjid baru ada satu.. MASJID ok!!! :P

“You Paham Oke??!”

ahahahaa…

0035

tempat imam dalam masjid ni, ada replika pintu kaabah.. and masjid ni jugak lah tempat hukum hudud di jalankan…

yes, Banda Acheh yang juga dikenali sebagai Serambi Mekah ni, menjalankan hukum syariah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Allah hu Akbar!

0046

seronok sangat bila dapat berjemaah kat masjid nih. rasa macam buat umrah pun ada. suasana yang tenang.. and since kami sampai awal sebelum masuk waktu, sempat la jugak menjenguk keadaan masjid yang still tersergam indah ni. aktiviti pengajian agama ada scatterred dalam masjid ni.

ada kelompok tengah mengaji.. ada kelompok tengah belajar fardhu-ain.. bagus betul lah kan…

cuba masjid kat tempat kita kannn… alhamdulillah nasib baik terawih penuh. :}

sesudah solat, we all g lunch dulu before melawat pulak ke Makam Syiah Sheikh Abdur Rauf Bin Ali Al-Fansuri.

0013

Siapa Sheikh Abdur Rauf Bin Ali Al-Fansuri ni? Beliau adalah ulama kelahiran Acheh, yang pertama menuntut ilmu dia bumi suci, tanah haram, Mekah..dan yang pertama di Nusantara yang berusaha menghasilkan tafsir Al-Quran, berbahasa Melayu.

0025

0034

Makam ni, lokasi dia dalam 10 meter jer dari laut. dan, kuasa Allah, sedikit pun, makam ni tak tercemar dek tsunami.

tu lah kan, Allah dah janjikan untuk orang2 yang menghafaz Al-Quran, mayat takkan dia makan bumi.. bencana ni sendiri tak berani nak ‘usik’ makam ulama yang banyak berjasa menyebarkan Islam ke seluruh Nusantara ni.. Allah hu Akbar!

0045

makam ni, memang dah sedia di kandang berpagar tau.. yang melayang just 2-3 keping zink nya jer k..

tapi, makam2 di sekeliling tu semua habis kena di kutip and rebuild balik… Subhanallah…

kami sempat buat tahlil pendek di makam ni…

lepas tu, gerak pulak melihat kawasan Universitas Unsyiah. Universiti ni, uni negeri Acheh. kalau kat sini, ala UM la… :)

0024

uni ni pun tak 100% lagi rebuild. ada la separuh kot yang dah siap balik… kami pun tak turun.. just gitu2 from dalam bas…

0012

DOSEN = LECTURER = PENSYARAH.

ni pulak penempatan baru untuk pensyarah2.. ditaja oleh kerajaan Turki. tu ha ada tulis kat situ kan…

0044

ok. ni special skets..

cepat bangun, nyanyi lagu Negaraku please… hehehee.

nak tau kenapa? sebabnya, gambar kat atas tu, is the Faculty of Medicine. yang telah di bangunkan oleh kerajaan Malaysia. cuma yang peliknya, letak logo Petronas kat situ, bukan bendera Malaysia mcm Turki, bendera dia kan?

tak pe la.. ada jugak.. huuhhu (astaghfirullah.. riak lah pulookkk)

0033

ha.. tu bukan sculpture yer kengkawan..

tu memang dua biji helikopter yang terhempas di langgar ombak tsunami ketika tengah terbang dalam usaha menyelamatkan orang. macam yang lain2 gak.. i think the government choose to biarkan jer kat situ heli tu.. yelah.. nama pun sejarah kan..

balik dari situ, kami terus balik hotel and start packing. esoknya dah nak balik… balik awal lak tu.. jadi, ni memang jalan2 terakhir la kat Acheh ni..

yang pasti, Kembara Acheh ni memang something yang takkan ayu, mom & Aunt1 lupakan sampai bila bila… memang cukup memuhasabahkan diri… kalau lah kita sebagai Muslim tak sedar lagi dengan kekuasaan Allah.. Astaghfirullah…

renung renungkan.. dan selamat beramal..

[thanks to Ayu The Sun]

Popularity: 9% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Ayu Part 6: Acheh Day 2 – tertinggal.. hahahaha


sorry yer.. akibat kekalutan migration ni, boleh pulak tertinggal cerita yang satu nih. yes, memang the 2nd full day in Acheh (the 3rd day leave home) was the most full day we had there.

ok lah.. jom kita cerita.. sebelum kami berkelah tu kan, kami singgah untuk melawat satu perkampungan yang dibantu or dalam kata lain disponsor oleh kerajaan negara China.

0032

Perkampungan ni, terletak kat atas bukit. penempatan kat sini sekarang 100% orang2 yang terselamat daripada Tsunami tu yang tinggal sebatang kara. termasuklah driver bas kami.

0023

asalnya, rumah derang2 ni, di kaki bukit. di seberang sana pulak is laut.. jadinya, penempatan sini la yang paling hampir dengan laut dan yang paling banyak terkorban…

jadinya, demi menjaga keselamatan yang hidup ni, rumah2 baru untuk derang ni dibina atas bukit. agak jauh dari tempat asal perkampungan derang yang lama.

nama Kampung ni, Kampunt Tiongkok. Tiongkok ni dalam bahasa Acheh bermaksud Cina. banyak perkampungan kat sini dinamakan sempena kerajaan yang menaja.

kat atas bukit ni, ada jugak tempat untuk pembiakan kambing. jangan tak tau, bila jalan2 tu, hati2 lah… kerana ‘buangan’ kambing merata2.. hiks! but seriusly.. tak berbau lah pulak… cuba kalau kat kampung2.. harus masssyyaaammm… :P

00110042

korang pernah tak tengok pokok nih? nama dia Pohon Rebek. pokok ni, memang tumbuhan yang banyak tumbuh kat  area berbukit gini lah.. getah dari pokok ni, boleh mengubati ketuat and beberapa penyakit kulit..

memula tengok, ayu pun macam tak percaya jer.. sebabnya, nampak lawa pun yer jugak pokok tu… ingatkan just a simple pokok la.. ada kegunaannya… Allah hu Akbar!

0061

ok, ni satu lagi kebesaran Allah..

korang nampak tak kat hujung tu ada sebuah rumah papan tu?

nampak tak tiada cacat celanya rumah tu kan? rumah tu tegak berdiri macam tu la dari tsunami sampai sekarang. dan, penghuninya seorang pakcik yang dah berumur pun, Alhamdulillah, masih lagi hidup hingga hari nih.. Subhanallah..

kerana dia dah agak uzur, ketika semua orang menjerit supaya menyelamatkan diri dan ajak dia.. dia begitu redha dan pasrah dan hanya berzikir dan beramal di dalam rumahnya tu… Allah Maha Mengetahui kan, selagi belum tiba masa untuk kita, tsunami pun kita boleh terselamat…

seriusly.. perjalanan di Acheh ni, memang banyak bagi ayu kesedaran… ayu banyak ‘terjaga’ sepanjang perjalanan kat sini…

[thanks to Ayu The Sun]

Popularity: 8% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Ayu Part 5: Acheh Day 2 – 2nd half


Oh my! a very late… update, kan? Tak per lah, biar lambat, asal selamat, gitu. Mari yok, cerita Acheh lagik.

For zohor, we went back to the hotel.  After dah selesai segalanya, kami berangkat pulak ker Pantai Ujong Batee (Pantai Hujung Batu – in our Malay). tujuan ke sini sebab budak2 tu semua nak berkelah… best ooo.. berkelah kat Acheh…

but, before that…. kami ada menyinggah kat sebuah lori pick up yang sedang menjual sesuatu di tepi jalan….yes, tepi jalan… jual apa?

0022

jual DURIAN!!!!!!!!!!!!!

heaven!

0031

ha ko! amik satu lori pick up tu kami sapu.. ahahahhaa…

dah alang2 ternampak durian ni, tambahan pulak, habis semua 18 orang penggemar durian… layan la beli habis sapu bersih untuk bawak berkelah.. :P

0041

yes, mom showing off betapa sedapnya durian tu… hehehee…

to our surprise, the whole thing yang kami makan and angkut bawak g pantai cost us only Rp 500 ribu! equivalent lam RM150 lah duit kita…

murah giler kan?

kami pun mulakan lah perjalanan ker Pantai Ujong Batee dengan keharuman durian semerbak lam bas. ahhahahaaa

0021003

sampai je kat pantai ni, budak2 tu mmg tak tunggu lama… and yang kurang budak ni pun dok la selamba lepak kat tempat2 yang disediakan…

004

005

…sambil melayan durian and air kelapa muda…

SOORRGGAAA!!!!!

balik jer hotel petang tu, kami semua dah betul2 penat and flat… masa ayu draft entry ni pun, i think i miss one place that we went. mana ek? jap nak usha gamba2 balik…. huhuhhuhuhhuuhuh

[thanks to Ayu The Sun]

Popularity: 8% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Tags:

Ayu Part 4: Acheh Day 2 (ker nak consider 3rd day ek?)… – 1st half


ayu rasa, sepanjang kat Acheh, ni lah dia hari yang paling lama & padat yang kami lalui. yelah, even its a 5 days 4 nights trip, 1st day dah consider gone sebab sampai hotel dah Asar. yang sempat layan dinner jer. Esoknya pulak dah Friday, sempat melawat and tour pun light light jer.. sebab tu lah ayu confuse nak tulis subject tuh 2nd ker 3rd day.

kira halal la ek? ayu paham korang paham, sudah. :P

hari ketiga ni, kami cover ke kawasan bukit and pantai. destinasi pertama kami semestinya Masjid Rahmatullah, di kawasan Lampuuk, Banda Acheh.

dalam banyak2 masjid, masjid Rahmatullah ni lah yang paling hampir kedudukannya dengan laut. seriusly, mmg bila berada dekat kawasan masjid ni, boleh rasa the sea breeze tau…

masjid ni, mengalami rosak yang agak teruk la jugak impact dari tsunami tu. tapi, consider kukuh and terselamat la dari tsunami. just kena repair jer, bukan rebuild.


ni merupakan bahagian yang sengaja dibiarkan sempena memperingati dan terus menginsafi kejadian tsunami tu.

dalam kawasan ni jugak, ada terpamer gamba keadaan masjid ni, 2 bulan selepas tsunami. kenapa 2 bulan? sebab, hanya dua bulan selepas tsunami, barulah penduduk kampung ni, dibenarkan pulang locate kediaman masing2.

berkatnya rumah2 Allah yang tidak musnah inilah, penduduk kampung dapat pulang dan agak di mana kedudukan rumah mereka. yelah, tsunami dah buat semuanya jadi macam padang jarak, padang tekukur…tapi, kerana masjid2 ni masih ada, dapat la mereka mengagak di mana lokasi rumah derang… Allahhu Akbar!


even segalanya musnah dan masjid ni sendiri mengalami kerosakan yang agak teruk, tapi, kubah masjid tetap utuh.

kat kawasan ni kan, dernag dah namakan semula perkampungan kat sini as ‘Perkampungan Turki’ kerana sumbangan dari kerajaan negara Turki untuk pembangunan semula perkampungan ni.

selepas settle perihal kat Masjid Rahmatullah ni, kami gerak pula ke Pantai Lohlenga. Subhannallah!!!! cantik yang amat sangat lah pantai nih.


nak masuk ke kawasan pantai ni, bayaran sebanyak Rp 6ooo dikenakan untuk setiap seorang dewasa. budak2 FOC yer…
kami saje je ada selingan pergi ke kawasan pantai macam nih. dalam rombongan kan ada budak2, seronok la derang bila jumpa laut macam nih.
and while the kids gigih dengan laut, the parents and neke2 pulak gigih layan air kelapa sambil lepak2…


tak lama lepas tu, mak pulak layan pasir yang sangat lah putih kat tepi pantai lohlenga ni. dengan angin yang sangat lah super berangin… MasyaAllah, nikmat yang Allah bagi…
lepas dah puas bergamba segala, ayu pulak la layan duduk kat pondok sambil layan air kelapa muda… sedddaaaappp……….

Dari pantai Lohlenga ni, kami gerak pulak ker Lapulo.

di Lampulo nih, nak tengok sendiri satu lagi sejarah dan pengajaran dari tragedi tsunami.nama tempat ni is, Kapal Tsunami Lampulo.


cerita di sebalik Kapal Tsunami Lampulo ni gini.

Masa 26 Disember 2004 tu kan, masa tsunami tu jadi, orang2 kampung sini dah jerit2 sebut air air… pada masa tu, ada lah dalam 12 buah keluarga seramai 59 orang lari menyelamatkan diri kat bahagian atas rumah derang. ala2 kat beranda lah.


bila tsunami yang 1st hit tu kena, they were all stucked dekat beranda rumah tuh lah. waktu ni, mereka semua berzikir tanpa henti… sampailah tiba2 dari jauh derang nampak ada kapal yang on the way to their house.

waktu tu, memang derang ingat tu is the kapal penyelemat untuk derang. bila kapal tu dah dekat dengan derang, derang pun naik la atas kapal tu.


bila dah ada dalam kapal tu, barulah derang sedar yang kapal tu sebenarnya telah di bawa arus sampai ke kawasan rumah mereka.

tanpa berlengah, mereka terus azan & berzikir beramai ramai. kata nya, gegaran ombak tsunami terjadi dalam lebih kurang 10 kali jugak lah.

hebat kan kuasa Allah. segalanya mmg dah di tetapkan olehNya. Tambahan pulak, kapal tu tersangkut di antara bumbung dua buah rumah dah tersangkut kat situ.

selama 7 jam mereka seramai 59 orang tu, tersangkut tersadai dalam kapal nih. tak putus mereka teruskan azan, tahlil & zikir sehingga lah keadaan menjadi reda.

ni lah dia salah sebuah keluarga yang tersadai di dalam kapal tersebut yang telah menceritakan sendiri peristiwa tu kepada kami.

mendengar sendiri peristiwa ni dari mulut orang2 yang mengalaminya memang menimbulkan rasa insaf yang teramat sangat… Astaghfirullah…

[thanks to Ayu The Sun]

Popularity: 8% [?]

Posted in A Story To ShareComments (0)

Destinations

Wenkt Muslim Tour
Min Homestay
Anissa Gift Shop

Our Flickr Photos - See all photos

15 - Kalyan Masjidi courtyard9 - Go'ri Amir Maqbarasi7 - Malika Mehmonxonasi6 - Malika Mehmonxonasi5 - Mansor Ramazonov & Syazwan4 - The Square of Memory