bir, ikki, uch. in french, bermaksud un, deux, trois.
Ringkasan
Nama projek: 8D7N Uzbekistan Muslim Tour
Penganjur: Wenkt Voyage
My special guests: Abg Shah, Tok Wan, Datuk Bazain (Complaints Bureau Chairman – nk complaint, sila cari dia), Cik Niran (Penasihat Undang – Undang, MOA… abihlah AP Kambing wan mintak lepas ni), dan 11 yang lain.
Flight details:
02JUN KUL TAS HY0255 1010 1445
07JUN BHK TAS HY1336 1840 1935
08JUN TAS KUL HY0251 2210 0840+1
Rate: RM5400 (dewasa)
Jadual lawatan:
02.06.09 Tashkent
03.06.09 Tashkent – Samarkand
04.06.09 Samarkand
05.06.09 Samarkand – Bukhara
06.06.09 Bukhara
07.06.09 Bukhara – Tashkent
08.06.09 Tashkent
OMG. Tidak pernah terfikir nak pergi ke Uzbekistan. Wan prefer nak pergi ke Taj Mahal untuk cukupkan koleksi benda ajaib sebab dah pergi tgk Menara Condong Pisa, Rumah Api Alexandria, Piramid Kaherah dan Tembok Besar China.
Alhamdulillah, jemputan Abg Shah, wan pergi juga ke Uzbekistan. Memula dah ada 14 nama, kemudian airlines kata kalau 15 orang boleh buat harga group dan PERCUMA seorang tiket flight. Maka wan pun pergi sama, dan perlu seorang lagi pergi. Wan pun offer kat kawan2 wan… travel for free… I prefer cari yang dah ada passport sebab senang nak buat visa semua (dan yg ada blog sebab akan promote wan).. Offer kat abg Adie (alasan: dia takut ada kerja awal Jun), offer kat Pyan (alasan: takut H1N1) dan Isham as bday present. Semua pakat tak nak, pelik doe. I tak nk pegi sorang dengan semua 14 warga emas (half dah retired tapi duit banyak k). Then offer kat Tok Wan. Kami buat deal, tukar dgn hantaran meminang belanja makan sepanjang kat Uzbekistan. Nasib baik dia setuju (oh man, dia warga emas as well)
Kami berlepas bersama group POTO. Juga kembali bersama group POTO. Tapi jadual perjalanan kami adalah bertentangan. Kami buat Taskent – Samarkand – Bukhara – Tashkent dan POTO buat Tashkent – Bukhara – Samarkand – Tashkent. Maksudnya, sampai je kat Uzbek, mereka amik connection flight ke Bukhara. Kami pula, pusing dulu semua tempat, baru amik flight balik ke Tashkent dari Bukhara. Apa yang penting, rate wan rendah RM500 dari mereka.

ini ialah flight yang kami naik.
Uzbekistan Airways. Singkatan: Uzair. Best k naik Uzair. 7 jam atas Uzair masa pergi. Dia mendarat laju giler. Berdebar giler masa dia mendarat. Goncangan dia best.

malaysia guna Yellow Pages, mereka guna Golden Pages.
Matawang Uzbekistan ialah SUM or SOM. Singkatan dia ialah UZS. Kadar tukaran ialah 1USD = 1500UZS = RM3.50
Dan mengejutkan, mereka hanya ada not 100SUM (RM0.25), 200SUM (50sen), 500SUM (RM1.25) dan 1000SUM (RM2.50). Tidak ada 10 ribu SUM, 50 ribu SUM dan lain – lain.
Bayangkan, bila beli barang bernilai RM50, maka mereka perlu bayar dengan 20keping 1000SUM. Bayangkan bila kita tukar 1500USD seperti dalam gambar di atas?

ini hasil bila tukar 100 USD kepada SUM. Dapat 150 000 SUM bersamaan dengan 300 keping duit 500SUM.

ini ialah bila kena bayar makan tengah hari untuk 16 orang. Mengira duit ini lebih annoying dari Tania & Ida Nerina kira buah berangan kat Muscat, Oman dalam Amazing Race. (wan memang benci pegang duit kertas lama, sebab imagine orang lain, ntah saper2 yang pegang before kita… eiiiiiiiiiiiiiiii)
Salah satu tugas TOUR LEADER sepertiku ialah mengumpul duit bila kene bayar sesuatu. Maka, tugasku untuk memastikan duit itu cukup. Akhirnya, saya dah pandai mengira duit laju2… Kalau kat Malaysia, kita kene ada at least 100 keping duit RM50 untuk belatih mengira duit cara laju.
Pegang duit dengan tangan kiri, lipat separuh (tebal2 tu) ke belakang, tolak satu2 (secara laju2) dengan ibu jari kiri dan kira cepat2 dengan ibu jari dan jari telunjuk kanan. Wah… seminggu berlatih guna duit SUM sebanyak 100 keping (padahal total up baru RM40), maka wan dah terror skill kira duit laju2…
Kat Malaysia, kita ada mesin kira duit.. Wan biasa sumbat je dalam Cash Deposit tu, cukup 99 keping (RM4950), maka kita amik baki dan ulang balik masukkan duit. Kalau kat kaunter, just kasi semua dan biar mereka kira dan isi dalam borang biru – kuning tu. Tapi kalau di Uzbekistan, kita kene kira sendiri. DAh la mereka tak guna credit card. Fuh.
Makanan ruji mereka ialah ayam, daging, sayur – sayur dan buah – buah. Ikan sangat jarang sebab takder laut. Anak ikan je senang dapat. Senang giler lah. Kat Uzbekistan, jarang pelancong sampai ke tempat mereka (kecuali kami yang dah melancong ke tempat lain), mereka kagum dengan kita. Kamera digital pun mereka baru kenal, bila tgk iPhone wan, semua kagum. Lagi best, bila ajak bergambar, cepat je mereka datang, siap peluk bahu kita lagi.
Budak2 remaja sana, kagum dengan rambut wan. Pacak2 kot.. Rambut mereka pendek je, melekat je semua…. Bila tgk wan, sah2 pandang rambut… Wan pandang gak mereka, tapi pandang benda lain. (seluar mereka i mean, lawa2..)

buah, cheese, sosej kambing.

my breakfast. Daun kanan dikenali dgn daun pokok rhu.
Cuba teka, berapa banyak duit wan habiskan untuk beli souvenir dan makan di Uzbekistan sepanjang 7 hari kat sana?
(bersambung, nk layan anak ikan malaysia lak, dah seminggu cuti ni)
Popularity: 7% [?]











