
bistik babi or babi kecap. mana lagi sedap erk?
Tarikh: 1150pagi pada 25feb2009 hingga 0940pagi 28feb2009
Tempat tinggal: Novotel Soechi International Hotel (4*. OMG i want 5*)
Peneman: … *as usual am alone*… mana la ada orang nak teman wan travel. semua busy
Reaksi bila sampai Medan: Biasa je Medan ni, macam kat Malaysia je.. Penuh dengan Indonesians…
Lawatan ke Medan boleh dikatakan lawatan mengejut. Beberapa hari sebelum bertolak baru beli tiket. Beberapa jam nak bertolak baru confirm dengan hotel. Soechi Novotel amalkan konsep ROH – Run of House, too bad la, harap2 dapat bilik deluxe tapi dalam superior je. Better than standard room lah, tapi.. nk deluxe gk!

banner dari UNISEL, Malaysia

banner dari USU, Indonesia
Eksplorasi Budaya Myred’s Unisel ini adalah program Unisel ke Medan. They all seramai 32 orang, berada di sana dari 21 Feb hingga 01 Mac. Wan pergi untuk 4D3N je: 25-28Feb. Wan tak boleh pegi lama2, sure rindu kat kawan2.. Rindu kat Pak Li Kopitiam… malam pertama pun aku dah ajak budak2 UNISEL lepak kat Bintang Sidewalk, Barra, Pak Li…. Well, UNISEL terletak di Seksyen 7 Shah Alam, semua tau Pak Li kot..
Menariknya, sejak pindah ke SHah Alam September lepas, wan dah luaskan sayap ke UiTM Shah Alam, kemudian MSU Seksyen 13, kemudian UNISEL. Wah! Naik saham. Hahaha… TAk lama lagi Taylor’s Subang lak..
Day1: Arrival at Bandara Polonia. Hotel transfer. Check-in. Transfer to Lembaga Kesenian, USU. Majlis simbolik Penyerahan Pelajar UNISEL kepada REktor USU atau wakilnya oleh Rektor UNISEL.
Day2: LAwatan ke Danau Toba, Pulau Simosir, Pulau Tomok, Berastagi, Air Terjun Sipiso Piso….
Day3: Aktiviti bebas
Day4: Airport transfer, flight at 0940.
Thanks god, jumpa gak mereka. Suprise! Hahaha. Sorang pun tak sangka wan datang melawat mereka. I mean, selepas bagi sponsor kat mereka, then wan melawat mereka. Gituh! Aku dah buat Medan macam Penang je…. Tetiba boleh wujud aku kat sana kan? Hahaha. Memang la dekat, 45min je by flight, tapi kene rentas Selat Melaka lah!

bryan. multi-talented guy.
Bryan ni mmg super duper multi talented. Memula dia menyanyi. Kemudian dia main gitar. Kemudian dia main Seruling, kemudian main piano. Request je lagu apa, terus dia main. Ungu ke, MAtta ke, Sheila on 7 ke, PeterPan ke semua dia tau. Wan request lagu “kau begitu sempurna, di mata…”.. Lagu yang mengigatkan wan kat Is. hahah*larekk* Tau tau la, student Lembaga Kesenian. Fakulti paling bising kat USU katanya. I request juga lagu Mungkin Nanti, mengigatkan aku kepada seseorang yang berada di negara ex-USSR.. Sajer je kan? Tu je kot lagu Indonesians yang ada memory dalam hidup wan…
Untuk lawatan ke Danau Toba, pihak USU dah sediakan bas untuk 40pax. Asalnya untuk 32 dari Unisel dan 8 orang dari USU. Kiranya 8 orang akan jadi guide lah. Dan ianya tak termasuk wan. I mean, wan datang nak buat suprise, last2 mereka dah penuhkan bas tanpa nama wan. OMFG. I datang ke Medan untuk pergi ke Danau Toba free… i mean, i dah sponsor beribu2 kat diorang (berpuluh2 juta kalau kira dalam rupiah), i boleh pergi free la kan?
Tapi dah penuh. Ikutkan hati, rasa nak amik teksi ke Bandara Polonia dan terbang terus balik ke Malaysia. Takder point kalau ke Medan kalau tidak ke Danau Toba kan? Merajuk la konon.
Surprisingly, Bryan cakap dia boleh tarik diri supaya wan pergi. OMG OMG OMG. Serba salah giler. I nak pergi dengan dia. I nak dia berada di sisi i sepanjang masa. Thanks bryan. Oh ya, dia akan datang ke Malaysia pada April nanti, maka secara open dan hati terbuka, wan offer rumah wan untuk dia tumpang berteduh, wan offer katil wan untuk dia tumpang tidur, dan wan offer tangan comforter wan untuk dia berselimut. Aisyeh mesti yang Seksyen 13 tu marah bila baca ni. Jangan risau, nanti wan tayang dia kat Pak Li, sure Kaka makan hati. Hehe

bandar Medan ialah ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya

Upacara tradisi perarakan pengantin dari rumah ke gereja.
Mereka bertolak jam 6 pagi dari USU. Maka, sia sia je bayar hotel untuk malam pertama. Sebab wan tidur kat rumah tamu USU. Takut tak terbangun pagi, ataupun takder teksi nak ke USU, ataupun teksi super duper mahal.

Danau Toba. Tasik letusan gunung berapi terbesar di dunia.

menaiki bot ke Pulau Samosir.
Pulau Samosir terletak di tengah – tengah tasik Danau Toba. Keluasan tasik ini ialah 100km darab 30km. Untuk sampai ke Danau TOba, ianya mengambil masa 5 jam dari Medan.

yang baju oren kotak2 tu nama dia Jun. Peneman i selepas ketiadaan Bryan.. actually bahasa Indonesian dia senang nak faham compare kawan2 dia, senang la nak rapat kan…

batak!
Kaum utama di Danau Toba ialah kaum Batak. Medan ialah tempat paling ‘keras’ di Indonesia. Ibarat Gua Musang di Kelantan (misalnya). dan orang Batak ialah antara yang paling ditakuti. Dikatakan mereka suka memukau orang.

rumah tradisional.
Pakcik di atas ni bertanya kepada kami: Kalau nak suruh mereka buat persembahan, kene bayar 60.000Rp. Lebih kurang RM20. On sajor.. RM20 sajor.. Tapi yang bestnya, kesemua pelajar USU join mereka buat persembahan dan tak tau la kami bayar 60.000Rp tu ke tidak.. Sebab, cam kami je yang buat persembahan. LAst2 semua join! Hahaha well, macam korang buat lawatan ke Kelantan, dan yang join ialah student Kelantan, then persembahan lak Dikir Barat: sah sah la semua boleh berdikir.
Aku boleh berdikir. Tak cayha? Hahaha

umah2 Batak…. DIkenali sebagai rumah bolon .. Pintu dia cam tingkap rumah kayu,nak masuk mmg kene menunduk

eki!
Eki ialah kawan kepada kawan wan. Actually, sebab dia gak la wan terus ajukan proposal mereka mintak sponsor. Hahaha. Dulu macam buat dunno je proposal tu, bile perasan ada nama dia, terus la push2 sbb nama kawan kan. Whatever lah kan.. Best join mereka bercuti..

Si Gale Gale.
Alkisah pada jaman dahulu kala, ada seorang Raja yang sayang banged sama anaknya. Nah, entah karena suatu sebab, anaknya tersebut meninggal dunia. Sang Raja yang sedih karena kepergian anaknya tersebut membuatkan patung yang serupa dengan patung anaknya. Namun, namanya juga patung, nggak bergerak donk…? Jadi Sang raja memutuskan untuk memanggil Roh anaknya untuk masuk ke dalam Patung tersebut agar Patung tersebut bisa bergerak-gerak. Cerita inilah yang menjadi Dasar Atraksi Patung Sigale Gale di Tomok, Samosir.
Lepas menari, mereka kluarkan duit untuk cucuk kat jari Sigale gale ni.. macam kita selitkan duit kat underwear penari striptease je laa.. Dari dekat, Patung Sigale gale yang berada tepat di depan 4 buah rumah bolon tersebut memang sudah berkurang sentuhan magisnya. Sentuhan modernitas sudah banyak merambah wajahnya. tersebutlah panel dan mekanis yang membuat boneka tersebut bergerak. di kanan kiri rumah terdapat ornamen ornamen yang membuat tradisionalnya Samosir menjadi hilang yakni pakaian yang dijemur, sepatu, bahkan ada mobil angkot! Yah, memang masyarakat Samosir tidak dapat sekedar hidup dari sejarah saja. Hidup harus terus berlanjut guna meneruskan nama keluarga.

cicak dan 4 tetek.
Lepas abih melawat pulau, kembali ke tanah besar dan shopping skit2… Singgah makan dan solat.

buah2 kat Danau TOba. kanan je. kiri itu ntah.. tetiba wujud dlm gambar..

masakan minang. 17.000Rp = RM5.47 termasuk Teh Manis Dingin itu.

jalan raya di Medan. Hon 24jam sehari. Berbunyi tiap saat!

lobby hotel.
Hotel wan memang 4 bintang. Tapi service dia murah nak mampus. Menu massages dgn spa memang la murah. Maybe lagi murah kalau spa kat luar. Or heret orang luar untuk massage.. tapi still, ianya murah.
Dinner All You Can Eat with Wok Life Cooking hanya 59.800Rp nett per pax. I mean, RM19.26 untuk BUFFET dinner kat hotel cam ni…

Kashani!
Kashani ialah kawan masa sekolah rendah dan menengah rendah. LAst skali kami jumpa ialah pada 1999. Kemudian dia sambung belajar ke Dunedin, NZ seterusnya ke Medan, Indonesia. OMFG. Wan tak tau pun dia study kat Medan, masa sampai baru diberitahu bahawa KETUA PELAJAR MALAYSIA DI MEDAN bernama Kashani.
Kashani? Ring a bell doe.. Hahaha.. Kawan sendiri… Nama dia unik kot. My parents sure ingat dia… Hahah.. Dia ajak ke rumah dia, tidur kat rumah dia je.. Tapi too bad laa.. Next time wan datang lagi lor!! Seriously, mmg wan datang last minute, kalau dah plan awal2, sure wan amik hotel, tapi check-out before check-in tapi tetap mintak resit untuk 3 malam. Hahahah
Dia tinggal bertiga di rumah sewa dia. Kos sewa RM1000 je setahun. Then siap ada maid yang bayar RM20 sebulan je untuk kemas rumah… I dont mind utk basuh pinggan, jemur baju, kemas katil sebab boleh buat sendiri (kalau ello baca, mesti dia bantah ayat ni), tapi i really jealous bila dia kata maid dia GOSOKKAN BAJU gak….
Susah nak cari dia ni.. Semua orang kenal dia, tapi takder no phone dia.. WTF?? Ibarat kita kenal Pak Lah tapi takder no phone Pak Lah!! Buat malu je jadi orang Malaysia!!! Terpaksa SMS kawan sebaya kat Malaysia (sebaya doe, kami sama muda, c’est vrai non?).. nasib baik dia jumpa alamat email kashani dan email kat dia. Then kashani SMS i. Hahaha.
Yang best, kami MEREMPIT. naik motor dia, tanpa pakai topi keledar. Memandu macam orang Medan memandu. Hahahah…. student medic kat Medan bebas giler doe… Siap pergi memancing, ajak jamming, ajak karaoke.. jhahaha

siput2 medan. sedap.. hahha
Abihkan duit malam last dgn 4 orang kawan Indonesian.. Mereka ajak makan siput. Sedap tu sedap. Uniks doe.. Ada siput babi tapi kecil2, masa cucuk lidi untuk keluarkan isi dari cengkerang, still ada lagi LENDIR tu.. rasa tawar2 pahit cam rasa… u know la rasa apa.. hahahah
SIput bulu2, kerang bulu, unik je la…. telan je la.. Halal …. kot

dah nak baliik!

airport Polonia. cam airport LCCT je. konsep gedung.
Perjalanan balik memakan masa 45min. TAk sempat nak masuk toilet untuk main2 dgn cologne, dah bunyi annoucement: “Cabin Crew, please be seated for landing”… Well, kalau setakat annoucement: “kita akan mendarat sebentar lagi, sila kembali ke tempat duduk anda, pasangkan tali pinggang keselamatan anda, tegakkan tempat duduk anda, pastikan meja di hadapan anda berada di kedudukan asal dan buka penutup tingkap”, wan buat dunno jerr…
Kalau dah “please be seated for landing”, itu memang nak landing. Hahaha
Dah la. Bosan update. Kepada yang memaksa wan update blog, sorry lambat update.. Sebab still jet lag lorr. Tengah nak biasakan balik masa ni.. lalalala
Reaksi bila balik ke Malaysia: Apsal rasa Malaysia macam kat Medan gak? (Sebab Malaysia still penuh dgn Indonesians)
Popularity: 9% [?]











