Nama projek: 8D7N Uzbekistan Muslim Tour
Penganjur: Wenkt Voyage
Total guests: 16 pax including me.
Flight details:
02JUN KUL TAS HY0255 1010 1445
07JUN BHK TAS HY1336 1840 1935
08JUN TAS KUL HY0251 2210 0840+1
Rate: RM5400 (dewasa)
Kan wan dah kata, Uzbekistan tu sempadan Kelantan. Bangunan berseramik kat Uzbekistan tu ada kat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu… Bukan ke Kelantan dgn Terengganu bersempadan.. Wan pergi sana je…

kat terengganu pun ada. buat apa bayar mahal2 pergi uzbek.
Ibarat, kat terengganu pun boleh tawaf teko milik ayah pin. tak yah gi jauh2 tempat lain.

ayam dan daging siap tunggu untuk dibakar
Orang sana kuat makan ayam. Kalau boleh, half ayam skali makan. Dan semuanya dipanggil satay. Potongan ayam kerat 12, then disula dengan besi tu, dibakar dan dipanggil satay. Daging pun sama. Yang penting sedap. Yang penting kenyang. Yang penting korang terliur.
Pergi uzbekistan ni, kene beringat dua benda ni. Makan dia sedap (termasuk daun pokok rhu), dan tempat dia panas. Balik2, akan jadi hitam dan besar. Ada aku kisah? Kalau hitam, lepas sental boleh jadi putih. KAlau besar, diet je la. (cakap senang, buatnya tak pernah)

1150 SUM = RM2.72 seliter
Bayangkan kalau kat malaysia, kita isi RM50, dapat 27liter. Then bayangkan kita mengisi minyak sebanyak 27liter kat sana, chargenyer ialah 32000 SUM. Maka bermulalah tugas kita mengira duit SUM sebanyak 32keping 1000SUM.
But yes, RM2.72 seliter adalah lebih mahal berbanding di Malaysia. Lagi mahal dari Jun tahun lepas sebenarnya. Kita hanya RM1.80. Tu pun ramai yang tak bersyukur. Nanti bila minyak naik RM0.20 seliter Ogos nanti, sure ramai yang melenting. Rasanya, kene hantar saper yang tak bersyukur tu, pergi duduk kat Uzbekistan… Sah2 lepas balik malaysia, sanggup terima usul kalau harga minyak dinaikkan.
Ye la, harga rokok naik 10sen pun bising. Padahal 10sen bukan boleh buat apa pun, hidup zaman skrg ni, RM10 pun bukan boleh buat apa pun, bayar tiket wayang pun tak lepas, beli makanan kucing pun tak lepas…. anyway, dalam group 16 orang wan tu, sorang pun tak merokok. Best je… Kalau group lain, sampai je airport (selepas perjalanan 7 jam dalam flight), terus laju je keluar dari imegresen dan kastam, pergi layan asap kat luar airport. Lepas tu kalut kata group hilang tp sorang pun tak reti cakap english.

tempat rehat di uzbekistan
melawat ke bandar2 di uzbekistan, ianya adalah bandar yang besar. tashkent adalah bandar terbesar di Asia Sentral. Samarkand ialah pusat pentadbiran Amir Temur, Bukhara ialah bandar suci Islam. Dalam Islam, tujuh bandar suci ialah Mekah, Madinah, Jurusalem, Baghdad, Damascus, Bukhara dan ____. Dem lupa, saper tau, tolong isikan.
But, semua bandar2 itu macam melawat Kangar je. bandar yang tak rupa bandar. Kangar is not even a pekan, more to kampung kat sarawak kot. Kalau anda betul2 minat sejarah Islam macam wan ni (oh please), maka tempat ni best untuk dilawati. Uzbek best la. I love UZbek. orang dia suka tengok i. Macam i kat pak li je. Hahahha
Pokok di atas, dicat putih di bahagian bawah pokok. Sama je kalau kita melawat negara asia tengah, afrika utara dan eropah timur… Kat Malsyia je takder. Ianya adalah ubat untuk bunuh serangga dalam pokok. Yup, DALAM pokok. Dan pokok dicat 6 bulan skali. So, satu negara, selagi ada pokok cam tu, maka ianya bercat. Dan longkang dalam gambar di atas, ialah canal yang mengalirkan air dari Laut Aral ke seluruh Uzbek, melalui sungai, kemudian ke tali air, kemudian ke canal2 seperti di atas.

cuba teka ini bangunan apa?
Hahaha cam sial je soalan aku. Sah2 la takder boleh jawab. Ianya adalah mausoleum. Nak tau mausoleum, join my next trip to Uzbek. Oh tidak! Biar orang lain jadi tour leader.
Mana ada travel agent kat dunia yang ada tour leader umur 21 tahun macam wan ni? (yup, saya 25, tapi nampak cam 21). Biasanya umur 40 or 50 lebih. Bila masuk ke museum atau tempat yang kene bayar kamera kalau nak amik gambar, tour leader tak perlu bayar. Muhahaha. THen penjaga tu sure tak puas hati bila tour leader muda. takder tokoh ke?
Pernah skali tu, mereka kenekan charge 5000SUM (RM12) untuk amik video guna camcoder. Then Datuk BAzain tak perasan tentang bayaran tu, tetiba yang check tiket tu mintak 5000SUM, then wan pergi cakap: “he is our tour leader”. then penjaga tiket tu blah je. Muhaha.

pondan kat Uzbekistan.
Ya ampun. Kalau ikutkan statistik, pondan di malaysia dan indonesia adalah dalam nisbah 1:50. Maksudnya, 1 pondan bagi setiap 50 lelaki. (aku rasa statistik ni salah, cam lagi ramai pondan dari lelaki je kat Malaysia ni). Kalau di Filipina dan Thailand, ianya adalah 1:35. Tapi di Uzbekistan, jarang sangat jumpa. Kalau jumpa, sure terus dapat kenal. Hanya jauhari mengenal manikam doh. btw, bagi gambar di atas, bukan wan yang jadi jauharinya (i mean, yang kata budak dlm pic tu pondan), tapi sorang dalam group wan ni (ianya bukan tok wan). Betul2, takkan lak tok wan yang jadi jauharinya. Ish. *larik

2 guests of my group. di samarkand. meusoleum Amir Temur. cantik kan hiasan kat luar

hiasan emas di dalamnya. ukiran yang sangat teliti.

ukiran bumbung dome dari dalam. penuh dgn ayat al quran.

dan di dalamnya ialah kubur semata2. ada 4 makam. AMir Temur, his master, his grandchild and 1 unknown
PAda awal June 1941, sekumpulan penyiasat dari Jepun mengkaji sejarah Amir Temur dan mereka mengali dan membuka keranda AMir Temur ini. Amir TEmur lahir pada 1336 dan meninggal pada 1405. Mereka mengali pada 21 Jun 1941, tapi pada 22 Jun 1941, mereka berhenti. Kenapa? Cuba teka, dalam next entry wan citer.

time to sleep. cuba teka teori di sebalik gambar ini. Hahahah
Popularity: 9% [?]











