Categorized | A Story To Share

Ayu Part 4: Acheh Day 2 (ker nak consider 3rd day ek?)… – 1st half

ayu rasa, sepanjang kat Acheh, ni lah dia hari yang paling lama & padat yang kami lalui. yelah, even its a 5 days 4 nights trip, 1st day dah consider gone sebab sampai hotel dah Asar. yang sempat layan dinner jer. Esoknya pulak dah Friday, sempat melawat and tour pun light light jer.. sebab tu lah ayu confuse nak tulis subject tuh 2nd ker 3rd day.

kira halal la ek? ayu paham korang paham, sudah. :P

hari ketiga ni, kami cover ke kawasan bukit and pantai. destinasi pertama kami semestinya Masjid Rahmatullah, di kawasan Lampuuk, Banda Acheh.

dalam banyak2 masjid, masjid Rahmatullah ni lah yang paling hampir kedudukannya dengan laut. seriusly, mmg bila berada dekat kawasan masjid ni, boleh rasa the sea breeze tau…

masjid ni, mengalami rosak yang agak teruk la jugak impact dari tsunami tu. tapi, consider kukuh and terselamat la dari tsunami. just kena repair jer, bukan rebuild.


ni merupakan bahagian yang sengaja dibiarkan sempena memperingati dan terus menginsafi kejadian tsunami tu.

dalam kawasan ni jugak, ada terpamer gamba keadaan masjid ni, 2 bulan selepas tsunami. kenapa 2 bulan? sebab, hanya dua bulan selepas tsunami, barulah penduduk kampung ni, dibenarkan pulang locate kediaman masing2.

berkatnya rumah2 Allah yang tidak musnah inilah, penduduk kampung dapat pulang dan agak di mana kedudukan rumah mereka. yelah, tsunami dah buat semuanya jadi macam padang jarak, padang tekukur…tapi, kerana masjid2 ni masih ada, dapat la mereka mengagak di mana lokasi rumah derang… Allahhu Akbar!


even segalanya musnah dan masjid ni sendiri mengalami kerosakan yang agak teruk, tapi, kubah masjid tetap utuh.

kat kawasan ni kan, dernag dah namakan semula perkampungan kat sini as ‘Perkampungan Turki’ kerana sumbangan dari kerajaan negara Turki untuk pembangunan semula perkampungan ni.

selepas settle perihal kat Masjid Rahmatullah ni, kami gerak pula ke Pantai Lohlenga. Subhannallah!!!! cantik yang amat sangat lah pantai nih.


nak masuk ke kawasan pantai ni, bayaran sebanyak Rp 6ooo dikenakan untuk setiap seorang dewasa. budak2 FOC yer…
kami saje je ada selingan pergi ke kawasan pantai macam nih. dalam rombongan kan ada budak2, seronok la derang bila jumpa laut macam nih.
and while the kids gigih dengan laut, the parents and neke2 pulak gigih layan air kelapa sambil lepak2…


tak lama lepas tu, mak pulak layan pasir yang sangat lah putih kat tepi pantai lohlenga ni. dengan angin yang sangat lah super berangin… MasyaAllah, nikmat yang Allah bagi…
lepas dah puas bergamba segala, ayu pulak la layan duduk kat pondok sambil layan air kelapa muda… sedddaaaappp……….

Dari pantai Lohlenga ni, kami gerak pulak ker Lapulo.

di Lampulo nih, nak tengok sendiri satu lagi sejarah dan pengajaran dari tragedi tsunami.nama tempat ni is, Kapal Tsunami Lampulo.


cerita di sebalik Kapal Tsunami Lampulo ni gini.

Masa 26 Disember 2004 tu kan, masa tsunami tu jadi, orang2 kampung sini dah jerit2 sebut air air… pada masa tu, ada lah dalam 12 buah keluarga seramai 59 orang lari menyelamatkan diri kat bahagian atas rumah derang. ala2 kat beranda lah.


bila tsunami yang 1st hit tu kena, they were all stucked dekat beranda rumah tuh lah. waktu ni, mereka semua berzikir tanpa henti… sampailah tiba2 dari jauh derang nampak ada kapal yang on the way to their house.

waktu tu, memang derang ingat tu is the kapal penyelemat untuk derang. bila kapal tu dah dekat dengan derang, derang pun naik la atas kapal tu.


bila dah ada dalam kapal tu, barulah derang sedar yang kapal tu sebenarnya telah di bawa arus sampai ke kawasan rumah mereka.

tanpa berlengah, mereka terus azan & berzikir beramai ramai. kata nya, gegaran ombak tsunami terjadi dalam lebih kurang 10 kali jugak lah.

hebat kan kuasa Allah. segalanya mmg dah di tetapkan olehNya. Tambahan pulak, kapal tu tersangkut di antara bumbung dua buah rumah dah tersangkut kat situ.

selama 7 jam mereka seramai 59 orang tu, tersangkut tersadai dalam kapal nih. tak putus mereka teruskan azan, tahlil & zikir sehingga lah keadaan menjadi reda.

ni lah dia salah sebuah keluarga yang tersadai di dalam kapal tersebut yang telah menceritakan sendiri peristiwa tu kepada kami.

mendengar sendiri peristiwa ni dari mulut orang2 yang mengalaminya memang menimbulkan rasa insaf yang teramat sangat… Astaghfirullah…

[thanks to Ayu The Sun]

Popularity: 5% [?]

Leave a Reply

Destinations

Wenkt Muslim Tour
Min Homestay

Our Flickr Photos - See all photos

15 - Kalyan Masjidi courtyard9 - Go'ri Amir Maqbarasi7 - Malika Mehmonxonasi6 - Malika Mehmonxonasi5 - Mansor Ramazonov & Syazwan4 - The Square of Memory